Jenis Kopi

Kopi sebagai minuman, biasanya dihidang panas, disediakan daripada biji benih yang digoreng yang didapati dari pokok Kopi. Ia merupakan salah satu sumber utama perangsang Kafeina. Disebabkan ini, kebaikan zat dipertikaikan, kadangkala digelar penyembuh segala penyakit, kadangkala digelar ancaman kesihatan.

Kopi dituai secara meluas di negara tropika dalam ladang untuk kedua kegunaan dalaman dan dieksport kepada negara beriklim serdahana. Kopi merupakan salah satu tanaman utama dunia dan merupakan eksport utama sesetengah negara.

Jenis biji kopi
Terdapat dua spesies utama pokok Kopi; Coffea arabica merupakan kopi traditional, dan dianggap lebih baik. Coffea canephora (robusta) mempunyai kandungan Kafeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai untuk arabica, mendorong kepada penggunaannya sebagai gantian murah bagi arabica dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. robustas bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah. Di Itali kebanyakan espresso menggunakan Robusta digoreng garing (dark roasted ).

Kopi merupakan bahan komoditi kedua meluas diperdagangkan [1]. Kopi Arabica secara tradisi dinamakan sempena pelabuhan ia dieksport, dua yang tertua adalah Mocha, dari Yemen, dan Jawa, dari Indonesia. Perdagangan kopi moden lebih khusus mengenai tempat asal, melabelkan kopi menurut negara, region, dan kadangkala sehinggakan ladang pengeluar. Malah peminat (aficionados) kopi membezakan kopi yang dilelong menurut nombor penghantaran.

Negara pengeksport kopi terbesar buat seketika adalah Brazil, tetapi pada tahun kebelakangan apabila permintaan kopi meningkat, pasaran biji kopi telah dibanjiri dengan sejumlah besar biji kopi robusta yang lebih kuas rasanya daripada negara seperti Vietnam [2], yang lebih digemari oleh pelanggan perdagangan besar (pengeluar kopi segera, dll.) disebabkan kos yang lebih murah.

Salah satu variati robusta yang mahal dan luar biasa adalah Kopi Luwak, Indonesia. Biji kopi ini dikutip dari najis (Common Palm Civet), yang proses penghadamannya memberikan rasa berlainan.

No Comments Yet

Belum ada komentar.

Komentar RSS Lacak Balik URI Pengenal

Tinggalkan komentar